Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ospina: Kami pulang secara bermaruah

ospina.jpg
Penjaga gawang, David Ospina, percaya Colombia boleh meninggalkan Russia secara bermaruah selepas tersingkir daripada Piala Dunia 2018. 

Wakil dari Amerika Selatan itu mencatat keputusan seri 1-1 dengan England dalam aksi pusingan 16, awal pagi tadi, namun mereka tersingkir daripada kejohanan melalui penentuan penalti dramatik.

Ospina, 29, yang menyelamatkan sepakan Jordan Henderson sebelum Colombia terpaksa membayar dengan harga mahal susulan kegagalan Mateus Uribe dan Carlos Bacca, berkata dia tetap berbangga dengan prestasi Colombia.

"Kami sedih kerana tersingkir tetapi kini adalah masanya untuk berasa bangga," katanya kepada Mundo Deportivo.

"Kami telah mengerah segala keringat yang ada. Pengembaraan Piala Dunia kami sudah berakhir, namun kami telah mencurahkan segala-galanya.

"Seperti yang diperkatakan, penentuan penalti adalah perjudian. Pada mulanya, kami memiliki peluang (selepas penalti Henderson diselamatkan) tetapi kami berdepan dua kegagalan penalti dan begitulah seadanya."

Advertisement

Must Watch Video