WC QUALIFYING
"Oman lebih kuat, kami akan berjuang guna DNA Malaysia!" -- Kim Pan Gon
Harimau Malaya bakal turun beraksi menentang Oman bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada jam 10.00 malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Ketua jurulatih negara, Kim Pan Gon dalam sidang media pada sebentar tadi mengakui bahawa pasukan Oman lebih kuat berbanding pasukan Malaysia menjelang pertemuan di SNBJ pada esok yang boleh disaksikan secara langsung di Astro Arena 801HD.
Pan Gon turut menyatakan biarpun mereka memiliki pasukan yang kuat, namun tidak mustahil untuk Harimau Malaya melakar kejutan esok atas faktor beraksi di laman keramat, SNBJ."Oman is better than us, but we play at HOME" -- Kim Pan Gon#NadiTerkini #AstroArena #HarimauMalaya #KelayakanPialaDunia pic.twitter.com/hRUwDTdLrg— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 25, 2024
Pengedali dari Korea Selatan itu juga yakin bahawa 'DNA Malaysia' serta semangat juang tinggi oleh anak buahnya mampu jadi faktor untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia bagi melihat skuad negara menewaskan Oman.
Terdahulu, Malaysia tewas kepada Oman dengan keputusan 0-2 di Muscat pada 22 Mac lalu, sekaligus menempatkan Malaysia di kedudukan ketiga kumpulan D saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, terikat enam mata bersama pendahulu Oman dan diikuti Republik Kyrgyzstan namun dipisahkan oleh perbezaan jaringan."Our player have passion, we will keep our Malaysia DNA and we will fight together!" -- Kim Pan Gon#NadiTerkini #AstroArena #HarimauMalaya #KelayakanPialaDunia pic.twitter.com/l1v9Q3SSL5— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 25, 2024
Iklan

Must-Watch Video