Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Oblak yakin Real sedang cari pengganti Ronaldo

ronaldo.jpg
Penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak, yakin Real Madrid sedang berusaha untuk mencari pengganti Cristiano Ronaldo kerana menyedari pasukan itu memerlukan bintang sepertinya.

Penghijrahan Ronaldo merupakan satu kejutan selepas penyertaan Portugal dalam Piala Dunia berakhir, dengan penyerang tersebut mengambil keputusan beralih angin ke Itali untuk bersama juara Serie A, Juventus.

Penyandang Ballon d'Or itu mengikut jejak langkah Zinedine Zidane yang meninggalkan Real untuk mencari cabaran baru selepas membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga.

Real mengakhiri saingan domestik di belakang Barcelona dan Atletico -- antara punca Zidane meninggalkan kelab -- dengan ketiadaan Ronaldo akan melonjakkan kedua-dua pasukan itu dan Oblak menjangkakan perpindahan besar akan dilakukan Real dengan Neymar, Kylian Mbappe dan Eden Hazard merupakan antara sasaran Los Blancos.

"Kami mengakhiri saingan di atas Real.

"Ronaldo adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah, jadi Real bukan hanya kehilangan pemain penting tetapi saya pasti mereka akan cuba mendapatkan seorang lagi bintang.

"Mereka akan sentiasa mempunyai skuad yang bermutu."

-

Advertisement

Must Watch Video