Skip to main content

Bola Sepak

Nurshamil tidak bimbang perebutan tempat di bahagian serangan Melaka

090117nurshamil.jpg
Penyerang Melaka United, Nurshamil Abdul Ghani, sedia bersaing merebut tempat dengan menjadikan Amri Yahyah sebagai sumber inspirasinya untuk berada dalam skuad utama musim ini.

Nurshamil adalah antara sembilan pemain musim lalu yang dikekalkan Melaka bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Anak jati Melaka berusia 23 tahun itu kini berdepan saingan sengit untuk berada dalam kesebelasan utama susulan skuad Hang Tuah mempunyai lambakan penyerang.

Membabitkan pemain seperti Amri, Ilija Spasojevic, Fauzi Roslan, Izzaq Faris Ramlan dan Akmal Ishak, Nurshamil, bagaimanapun, bersikap positif terhadap peluangnya untuk beraksi nanti.

"Saya tidak terasa tersisih di dalam pasukan kerana telah bersama Melaka selama tiga musim. Kehadiran pemain-pemain baru memberikan saya semangat untuk terus bersaing mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama," katanya.

Di pentas jauh lebih tinggi, dia tetap mengharapkan sentuhan cemerlangnya ketika Melaka menjuarai Liga FAM pada 2015 kembali berulang kali ini.

"Jika saya diberikan peluang oleh jurulatih, saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video