Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Nuno sahut cabaran derby istimewa Tottenham-Arsenal

nuno.jpg
Nuno Espirito Santo sedar pertembungan getir 'derby' utara London menentang Arsenal, malam esok, merupakan satu acara istimewa memandangkan Tottenham pasti mahu bangkit dengan mengalahkan seteru kota mereka itu. 

Spurs tumbang 0-3 dalam dua perlawanan terakhir dan kebetulan pula kedua-duanya turut membabitkan perlawanan derby London. 

Mereka tidak pernah kalah tiga perlawanan liga berturut-turut dengan dibolosi tiga atau lebih gol. 

Dalam masa sama, Arsenal bangkit daripada tiga kekecewaan awal musim ini dengan agregat jaringan 9-0. 

Kali terakhir The Gunners melakar tiga rentetan kemenangan tanpa bolos pada Julai 2020, sementara kali terakhir mereka memperoleh tiga kemenangan 1-0 berturut-turut ialah pada Ogos 2008.

Hanya Jose Mourinho daripada 10 pengurus Tottenham terdahulu yang pernah menikmati kejayaan dalam derby ini pada Julai 2020, namun Nuno tetap sedar betapa istimewanya pertemuan ini.

"Ini bukan perlawanan sebarangan. Ini adalah satu pertemuan istimewa," katanya dalam sidang akhbar malam tadi. 

"Ini adalah satu perlawanan istimewa buat kami, perlawanan khas buat peminat kami. Ia akan menjadi pertembungan yang sukar dan ini adalah satu aksi yang berbeza.

"Ini adalah detik istimewa bagi kami. Kehadiran akan mencecah seramai 66,000 orang. Ia sokongan yang sangat besar.

"Kami perlu berjuang, kami perlu mempamerkan permainan kami. Kami harus bersaing dengan baik. Curahkan segala kudrat dan beraksi dengan baik.

"Saya perlu menerapkan keseimbangan yang tepat. Penambahbaikan harus dilakukan tetapi kami memiliki semangat positif tinggi yang diambil daripada permainan terdahulu."





Harry Keane mempunyai rekod baik 11 gol ke atas Arsenal. Namun, buat kali pertamanya dia gagal merakamkan sebarang gol dalam empat penampilan pertama EPL sejak musim 2015-16, malah sekadar mencatat empat percubaan setakat ini. 

"Dia selalu bersemangat untuk beraksi (bertemu Arsenal)," kata Nuno mengenai Kane, yang dikritik hebat kerana cenderung turun ke bawah dalam beberapa minggu terakhir, terutama selepas tewas kepada Crystal Palace dan Chelsea.

"Terserah kepada pasukan. Apa yang kami mahu lakukan ialah bagaimana kami dapat membentuk (sebuah) pasukan mantap agar semua pemain berasa selesa di posisi masing-masing."



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video