Skip to main content

Bola Sepak

Nik Akif ikrar perkemas jentera tengah Kelantan

nik-akif.jpg
Biarpun Kelantan tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super di laman sendiri pada Sabtu lalu, kelibat Nik Akif Syahiran Nik Mat sekali lagi mencuri tumpuan. 

Tonggak skuad kebangsaan B-19 dan 23  itu mempamerkan ketenangan dalam menjana bahagian The Red Warriors (TRW). 

Biarpun berdepan skuad Harimau Selatan yang lebih berpengalaman, Nik Akif tampak tidak gugup memberikan saingan. 

Bagaimanapun, pemain berusia 18 tahun itu berasakan masih ada ruang untuk mencapai peningkatan dalam permainannya. 

"Masih ada kekurangan di bahagian tengah dan saya ingin beraksi lebih baik dalam aksi seterusnya," kata pemain yang gemar menyusup ke pertahanan lawan itu. 

Nik Akif turut optimis bahawa Kelantan di landasan tepat untuk merakamkan kemenangan pertama di bawah kendalian Fajer Ibrahim selepas ini.

"Keputusan ini tidak melemahkan semangat kami. 

"Kami akan buat yang terbaik dan berharap penyokong terus memberikan sokongan," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video