Pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, mengakui sudah bersedia menggalas tanggungjawab besar sebagai perancang tengah The Red Warrios bagi meneruskan legasi ikon bola sepak Kelantan, Badhri Radzi.
Nik Akif adalah antara pemain muda Kelantan yang diserap ke skuad senior musim ini.
Pemain berusia 19 tahun dari Kuala Krai itu membuat kemunculan sulung dalam kesebelasan utama pasukan ketika perlawanan Liga Super bertemu Terengganu, semalam.
Meskipun gagal mempamerkan aksi terbaik, Nik Akif bagaimanapun dilabel jaguh dalam pembikinan sebagai perancang tengah Kelantan.
"Insya-Allah kalau ada rezeki, kalau jurulatih suka dengan corak permainan saya, saya akan kekal dalam kesebelasan utama.
"Rasa gugup sebab masih baru bermain bersama skuad senior Kelantan. Selepas ini, saya akan buat lebih baik bersama Kelantan," katanya.
Tonggak muda skuad B-23 Tahun dan B-19 tahun negara itu bergandingan dengan Morgaro Gomis dalam perlawanan semalam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Mengakui masih gugup beraksi dalam kancah liga elit domestik, Nik Akif kini mengharapkan aksi lebih baik dapat diperagakannya untuk aksi seterusnya.
"Dia (Gomis) banyak memberi tunjuk ajar semasa latihan. Dia banyak memberi sokongan dan semangat. Kami lebih rapat di antara satu sama lain," ujarnya.