Skip to main content

Bola Sepak

Nidzam mahu Kedah kekalkan momentum cemerlang

nidzam-adzha.jpg
Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusof, mahu momentum cemerlang anak buahnya diteruskan dalam pertemuan Liga Super menentang Negeri Sembilan di laman sendiri esok dengan penyerang import, Pablo Pallares, dijangka diberi peluang untuk beraksi.

Selepas dilantik selaku ketua jurulatih Kedah menggantikan Ramon Marcote pada 1 April lalu, Nidzam jelas mahu meneruskan misi rekod tanpa kalah setelah membelasah Selangor 4-0 dan mengikat Terengganu 1-1 di tempat lawan. 

Justeru, pertemuan dengan Negeri Sembilan di laman sendiri esok pastinya membuatkan pengendali itu menuntut aksi terbaik anak buahnya.

"Sememangnya kami belum tewas dan diharapkan momentum serta semangat juang pemain berterusan, lebih-lebih lagi apabila beraksi di Stadium Darulaman," katanya.

Dalam masa sama, perubahan juga dijangka bakal dilakukan Kedah apabila akan mempertaruhkan penyerang import yang kurang menyerlah, Palares.

"Semakin lama, Pablo dilihat semakin serasi. Jadi, saya tidak gusar untuk menurunkannya malam esok. Saya yakin dia akan dapat menyumbang sesuatu kepada pasukan," kata Nidzam lagi.

Advertisement

Must Watch Video