Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Nidzam Jamil sedia galas tanggungjawab bimbing Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nidzam-jamil_1.jpg


Pengendali sementara Selangor, Nidzam Jamil, sedia menggalas tanggungjawab besar andai diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan untuk mengendalikan pasukan sepenuhnya musim ini.

Pengendali yang dilabel sebagai 'Jurgen Klopp' Malaysia itu juga menyambut baik keputusan kelab untuk membawa jurulatih asing dalam pasukan.

"Setakat ini, saya masih jurulatih interim.

"Peranan saya, tenaga saya, tumpuan saya, pengalaman tidak berubah jika kelab mahu meletakkan saya sebagai ketua jurulatih.

"Sama seratus peratus seperti saya mula menyertai tiga tahun lalu dan esok tetap sama, apa pun peranan saya tetap sama untuk Selangor," katanya menerusi Nadi Weekend.
 

Advertisement

Must Watch Video