Jurulatih Kedah, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff, berpuas hati dengan prestasi Kedah selepas mengatasi Melaka United 2-0 dalam aksi pertama Piala Malaysia meskipun beberapa pemain utama masih belum cergas sepenuhnya.
Selepas kecewa dengan kekalahan mengejut dalam aksi Liga Super berdepan Perak, Sabtu lalu, Kedah bangkit untuk memastikan tiada lagi kekalahan kedua di laman sendiri, semalam.
Kemenangan ini membuktikan Kedah tetap berbisa walaupun tanpa tonggak utama seperti Ken Ilso, Zachary Anderson, Rizal Ghazali dan Mohd Farhan Roslan yang masih direhatkan.
Kedah turut mampu melakar kemenangan sekalipun pemain tengah, Baddrol Bakhtiar, yang diturunkan kali ini juga belum cergas sepenuhnya.
Perkara sama ditekankan oleh Nidzam, iaitu perlu lebih konsisten di benteng pertahanan selama 90 minit.
"Kita dapat lihat bukan semua pemain cergas 100 peratus. Apapun saya mengucapkan tahniah kepada pemain yang memberi kemenangan pada malam ini.
"Cuma kami masih melakukan kesilapan di bahagian pertahanan. Saya rasa kami cukup bernasib baik tidak dihukum Melaka pada malam ini (semalam)," katanya.
Sementara itu, jurulatih Melaka, Eduardo Almeida, tidak menyalahkan barisan pemain di atas kekalahan itu, sebaliknya menganggap Kedah merupakan pasukan yang sukar untuk disaingi.
Ternyata, sebagai pengendali baru, dia masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian terbaik dengan pasukan.
"Kami tidak mempunyai cukup kecergasan. Kami mesti memberi (tentangan) kualiti kepada lawan. Ada beberapa kali lawan menunjukkan kekuatan dengan memecahkan barisan pertahanan kami.
"Kepujian harus diberikan kepada mereka dan kami juga," kata Almeida.