Laporan mengatakan Neymar akan menjalani pembedahan terhadap kakinya yang patah dan tersingkir sehingga Mei "tidak benar," kata pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery.
Bintang Brazil itu terpaksa meninggalkan padang Parc des Princes, kelmarin, sambil menitiskan air mata selepas mengalami kecederaan dalam insiden yang kelihatan tidak berbahaya.
PSG menang 3-0 menentang Marseille tetapi kecederaan Neymar mencemarkan perlawanan itu apabila cabaran daripada Bouna Sarr menyebabkan tulang metatarsal kelima pada kakinya retak.
Beberapa laporan mendakwa Neymar memutuskan untuk menjalani pembedahan bagi menyelesaikan masalah itu dan mengurangkan risiko tidak dapat menyertai Brazil dalam Piala Dunia di Russia.
Timbul juga dakwaan mengatakan pembedahan itu akan membuatkan Neymar terkeluar daripada sebahagian besar baki musim ini dan akan kembali seawal-awalnya pada Mei.
Bagaimanapun, Emery lewat semalam tampil mengulas situasi itu semasa sidang media sebelum perlawanan Coupe de France menentang Marseille awal pagi esok.
"Kami tidak membuat keputusan mengenai pembedahan untuk Neymar, ia tidak benar," kata Emery kepada wartawan.
"Pagi ini, saya mengadakan pertemuan dengan doktor dan dia memberitahu saya, Neymar terseliuh. Analisis menunjukkan terdapat retak kecil pada metatarsal kelima. Kami akan lihat bagaimana keadaannya beberapa hari lagi dan membuat keputusan dengannya. Buat masa ini, kami mahu bertenang dan lihat apa yang berlaku.
"Terdapat peluang kecil untuk Neymar bermain menentang Real Madrid -- kami perlu bersabar."
PSG, yang akan menjadi tuan rumah kepada Real Madrid pada 7 Mac, mahu menerbalikkan defisit 3-1 daripada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, dengan skuad Zinedine Zidane itu mungkin lebih berpeluang mara jika pemain termahal dunia itu tidak cergas untuk bermain.