Bapa Neymar menegaskan anaknya tidak mempunyai peluang untuk bersama Paris Saint-Germain (PSG) menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah dan percaya pembedahan adalah cara paling cepat untuk memulihkan kecederaan pemain itu.
Pemain termahal dunia itu mengalami patah tulang metatarsal kelima pada kaki kanannya semasa kemenangan 3-0 PSG ke atas Marseille di Parc des Princes, awal pagi kelmarin.
Jurulatih PSG, Unai Emery, semalam memberitahu pemberita bahawa Neymar mempunyai peluang tipis untuk menghadapi Real Madrid dalam Liga Juara-Juara, 7 Mac ini, ketika pendahulu Ligue 1 itu mahu menerbalikkan defisit 3-1 di Paris.
Emery menjelaskan keputusan belum dibuat sama ada Neymar akan menjalani pembedahan tetapi dengan kembimbangan semakin meningkat untuk kempen Brazil dalam Piala Dunia, Neymar Sr memberitahu ESPN Brasil bahawa laluan membawa pemain itu kembali beraksi akan lebih pantas dan menafikan anaknya itu berpotensi membuat penampilan menentang Madrid.
"Kami perlu menunggu keputusan kelab, PSG sedang menunggu masa yang tepat," katanya. "Pasukan doktor (Rodrigo Lasmar daripada skuad kebangsaan Brazil) akan tiba dan mereka akan membuat keputusan itu bersama-sama.
"Esok mereka akan bertemu dan membuat keputusan. Kami tidak mahu berada dalam situasi ini tetapi kami patut cuba memulihkan Neymar sebaik mungkin.
"PSG sudah tahu mereka tidak akan mempunyai Neymar selama enam hingga lapan minggu, tidak kira sama ada membuat pembedahan atau tidak.
"Ia penting untuk membuatnya cepat kerana kita tidak boleh menunggu. Pembedahan adalah cara paling cepat untuk memulihkan pemain itu."
Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) mengesahkan bahawa ketua jurulatih, Tite, akan menangguhkan pengumuman senarai skuadnya bagi aksi menentang Russia dan Jerman bulan depan hingga 12 Mac selepas timbul kebimbangan yang tidak diingini itu.
Selain Neymar, pemain tengah PSG, Marquinhos (paha) dan pemain tengah Manchester City, Fernandinho (hamstring), juga mengalami masalah kecergasan sementara bek kiri Real Madrid, Marcelo, berusaha kembali daripada kecederaan otot dan Casemiro terlepas kekalahan 1- 0 juara Eropah itu di Espanyol kerana sakit perut.