Bekas pemain kebangsaan Brazil, Julio Baptista, mengakui Neymar kadang-kala melakukan lakonan yang agak keterlaluan di atas padang.
Bintang Brazil, Neymar, dikritik kerana bertindak keterlaluan setiap kali diasak pasukan lawan dalam Piala Dunia di Russia, yang menyaksikan pasukannya tersingkir kepada Belgium di peringkat suku akhir.
Baptista percaya penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu terlalu biasa melakukan perkara berkenaan tetapi Neymar sememangnya mangsa utama pasukan lawan.
"Benar, Neymar bertindak kerterlaluan tetapi kita perlu menyedari dia sering diasak oleh pasukan lawan," katanya.
"Terdapat ketika dia menyoal mengenai dia merayu terjahan lawan yang tidak dihiraukan oleh pengadil perlawanan.
"Benar dia kerap menjatuhkan dirinya -- sesuatu yang tidak baik untuk bola sepak -- tetapi dia juga kerap dibentes pasukan lawan."
Neymar sekadar menjaringkan dua gol daripada lima perlawanan Piala Dunia di Russia.