Skip to main content

Bola Sepak

Neymar: Saya gembira di PSG

ronaldoneymar-cropped_bp2gqsgkj5fb1p7hejeqd42mm-(1).jpg
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, menegaskan bahawa dia gembira bersama gergasi Ligue 1 itu di sebalik khabar angin berterusan mengaitkannya dengan Real Madrid.

Neymar dan PSG mengalami kekalahan 3-1 kepada Madrid dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid sekalipun hanya menyertai PSG dalam rekod dunia €222 juta (RM1 bilion) dari Barcelona tahun lalu.

Tetapi, bercakap selepas perlawanan pertama, Neymar berkata dia gembira di PSG di mana dia terikat dengan kontrak sehingga 2022.

"Saya mempunyai kontrak dengan PSG. Saya gembira dengan rakan sepasukan saya dan saya hanya memikirkan cerita saya di sini," katanya.

PSG menghadapi perlawanan sukar untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas aksi pertama.

Tetapi Neymar berharap mereka dapat menyempurnakan tugas dalam aksi timbal balik di Paris pada 6 Mac nanti.

"Ia belum diputuskan, ada satu lagi perlawanan di laman sendiri, di hadapan peminat kami, yang pastinya sangat sukar, seperti di Madrid," katanya.

"Tetapi saya harap kami dapat melakukannya."

Advertisement

Must Watch Video