Skip to main content

Bola Sepak

Neymar perlu tentukan masa depannya -- Bartomeu

neymar-cropped_m5o5753rr6b41iekm6bpo5bl9.jpg
Khidmat Neymar masih diperlukan di Barcelona, namun pemain bintang Brazil itu perlu menentukan masa depannya, menurut presiden kelab itu, Josep Maria Bartomeu.

Pemain berusia 25 tahun itu saban minggu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG), yang dikhabarkan bersedia menebus kontrak pemain itu yang bernilai GBP200 juta (RM1.12 bilion).

Meskipun Bartomeu menegaskan Neymar diperlukan di Camp Nou dan masih terikat dengan kontrak sehingga 2021, dia menterima seandainya pemain itu membuat keputusan untuk berhijrah.

"Neymar merupakan salah seorang daripada pemain terbaik kami, sudah tentu kami enggan kehilangannya," dia memberitahu The New York Times.

"Kami mahu dia kekal bersama kami. Dia masih mempunyai kontrak empat tahun bersama kami.

"Tetapi pemain boleh menentukan masa depan mereka.

"Kami di Barcelona mahu dia kekal kerana kami memerlukannya. Jika kami mahu menang, kami perlukan pemain yang terbaik."

 

Advertisement

Must Watch Video