Bekas kapten Barcelona, Carles Puyol, menggesa Neymar agar memberikan penjelasan mengenai masa depannya selepas dikaitkan dengan perpindahan rekod dunia ke Paris-Saint Germain (PSG).
Pemain Brazil itu dilihat terus mendiamkan diri mengenai masa depannya bersama Barcelona walaupun dia menyertai kempen pra-musim di Amerika Syarikat.
“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku.
“Dia patut membuat keputusan. Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab bersama kelab, jadi saya tidak mengetahui sama ada mereka sudah membuat sesuatu keputusan atau tidak,” katanya.
“Saya tidak pasti adakah dia mahu kekal atau berpindah tetapi sukar untuk seseorang pemain kekal dalam satu pasukan sepanjang kariernya. Lionel Messi, Andres Iniesta dan Sergio Busquets, itu adalah berlainan,” tambahnya.
Sementara itu, Puyol turut melaungkan keyakinannya terhadap pengendali baru, Ernesto Valverde, selepas menggantikan Luis Enrique di Camp Nou.
“Enrique menjalankan tugas dengan baik dan kini jurulatih baru telah tiba.
“Idea bola sepak di Barcelona tidak akan berubah dan dengan pasukan yang dimiliki, saya yakin dia akan mencabar semua kejuaraan yang ada,” ujar Puyol.