JUVENTUS 1 BARCELONA 2
Neymar mempamerkan persembahan mantap ketika membantu Barcelona merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Juventus dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), sebentar tadi.
Juventus terlebih dahulu mengasak kubu pertahanan Barcelona bagi mencari gol pendahuluan menerusi percubaan Mario Mandzukic pada minit ke-13, namun percubaannya tersasar.
Selang seminit kemudian, Neymar melakukan gerakan pantas sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol, Gianluigi Buffon.
Neymar sekali lagi berjaya menemui sasaran pada minit ke-25 apabila berjaya menewaskan lima pertahanan untuk melengkapkan jaringannya.
Juve memperkemaskan permainan mereka pada separuh masa kedua dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi Giorgio Chiellini dan kedudukan 2-1 berkekalan sehingga penghujung perlawanan.
Barca seterusnya akan berdepan Manchester United pada 27 Julai.

Juventus-Barcelona 1-2 - All Goals #JNews#CurvaScirea pic.twitter.com/y8ENyopw1h
— Juventus Fight Club (@Salah_Almutairi) July 23, 2017