Skip to main content

Bola Sepak

Neymar, Messi pimpin Barcelona atasi Real Madrid

barca-cropped_1ku3s737fnpc01tyy8lbd5agfw.jpg
BARCELONA 3 REAL MADRID 2

Barcelona meraih kejuaraan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) selepas melakar kemenangan 3-2 dalam pertembungan El Clasico ke atas musuh tradisi, Real Madrid, di Stadium Hard Rock, awal pagi tadi.


Kejohanan pra-musim edisi Amerika Syarikat itu menjadi milik Barca hasil sumbangan Lionel Messi, Ivan Rakitic dan Gerard Pique dengan perbincangan mengenai masa depan Neymar di Camp Nou semakin memuncak.

Meskipun sekadar aksi pemanas badan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit sebaik perlawanan bermula.

Gol daripada Rakitic dan Messi meletakkan Barcelona di depan 2-0 dalam tempoh tujuh minit pertama, namun Mateo Kovacic merapatkan jurang beberapa minit kemudian sebelum Marco Asensio menyamakan kedudukan sembilan minit menuju babak pertama.

Gerard Pique kembali meletakkan Barca di depan pada minit ke-50, sekaligus memastikan Real gagal melakar sebarang kemenangan dalam kejohanan itu.

Sergio Ramos kembali ke atas padang buat kali pertama dalam aksi pra-musim tatkala Zinedine Zidane menamakan kesebelasan terkuat, namun tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Toni Kroos.

Barca turut menurunkan skuad mantap dengan Neymar, Messi, Luis Suarez, Iniesta dan Pique diberi peluang beraksi.

Barca mula gusar apabila Neymar mengalami kecederaan seawal minit kedua, namun kembali menyertai perlawanan beberapa minit kemudian.

Neymar hampir meledak gol keempat Barca pada minit ke-55 tetapi dia gagal melepaskan rembatan kemas selepas berjaya melepasi kawalan penjaga gol Real, Keylor Navas.

Real turut hampir meledak gol penyamaan, namun percubaan Isco berjaya diselamatkan Jasper Cillessen.



 

Advertisement

Must Watch Video