Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Laurent Blanc, menyatakan bahawa hehadiran bintang Barcelona, Neymar, mampu mengubah nasib gergasi Ligue 1 itu dalam pencarian menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL).
Neymar dilaporkan sebagai sasaran utama PSG yang sudah bersedia untuk mengaktifkan klausa perpindahan pemain kebangsaan Brazil itu yang bernilai EUR222 juta (RM1.1b).
Blanc, yang membimbing PSG pada 2013-16, percaya kehadiran Neymar mampu mengangkat pasukannya ke satu tahap yang lebih tinggi tetapi memberikan amaran tiada jaminan untuk melakar kejayaan di pentas Eropah.
"PSG mahu menjadi salah satu pasukan yang mendominasi di Eropah. Dengan kewangan yang dimiliki kelab, mereka mampu melakukannya," kata Blanc.
"Dengan kehadiran pemain seperti Neymar, PSG boleh menjadi antara kelab gergasi di Eropah.
"UCL bukanlah satu kejohanan yang dimenangi dengan wang. Ia memerlukan masa untuk membentuk pasukan.
"PSG berkembang dengan pantas, ia merupakan keutamaan pasukan dan satu hari nanti, mereka akan menjuarai UCL."
Neymar sekali lagi membuktikan kebolehannya untuk menjaringkan dua gol ketika membantu Barca meraih kemenangan 2-1 ke atas Juventus dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa(ICC), kelmarin.

Neymar Brilliant Dribbling and GOAL , Buffon and Juventus No Chance!!!https://t.co/hKDrwa3n6J #JuveBarça #FCBUsTour #Barcelona #Juventus pic.twitter.com/d0MCIVDNqU
— Fantastic Football (@LiveGoal10) July 22, 2017