Skip to main content

Bola Sepak

Neymar mampu tangani tekanan menentang Madrid -- Marquinhos

neymar-cropped_s3cc4yi3j9hi139r8s268uef3.jpg
Pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos, menyokong Neymar untuk beraksi cemerlang menentang Real Madrid walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke skuad gergasi LaLiga itu.

Neymar dan PSG akan berepan Madrid dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Sebelum pertembungan dua gergasi itu, pemain antarabangsa Brazil berkenaan dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Madrid walaupun hanya menyertai PSG tahun lalu.

Tetapi Marquinhos berkata rakan sepasukannya itu, yang menjaringkan 28 gol musim ini, akan mengabaikan semua spekulasi tersebut.

"Neymar adalah pemain yang mengawal emosi dan tekanannya dengan baik, dan menunjukkannya di padang," katanya dalam sidang akhbar.

"Dia seorang pemain yang ada personaliti. Dia 'bercakap di atas padang'. Dia melakukan perkara yang hebat di Paris."

PSG akan tampil menentang pasukan Madrid yang gagal memenuhi harapan mereka musim ini, termasuk ketinggalan 17 mata di belakang Barcelona dalam LaLiga.

Jurulatih peneraju Ligue 1 itu, Unai Emery, berkata pertemuan pasukannya dengan juara bertahan Liga Juara-Juara itu adalah pada waktu yang baik.

"Perlawanan menentang Real ini hadir tepat pada masanya untuk kam, kerana kami berasa boleh melakukan sesuatu yang hebat. Kami percaya tentang kemenangan. Bermain menentang pasukan terbaik adalah cara terbaik untuk belajar," katanya.

"Kami akan bermain dengan skuad yang paling banyak memenangi Liga Juara-Juara tetapi walaupun menghormati sejarah mereka dan setiap pemain, kami yakin dapat menunjukkan kepada mereka bahawa kami menghampiri tahap mereka.

"Saya percayakan pasukan saya. Kami tahu betapa sukarnya nanti tetapi saya mahu melihat PSG yang hebat. Pasukan ini telah berkembang dan saya ada keyakinan sepenuhnya pada setiap saat."

Advertisement

Must Watch Video