Ketua jurulatih Brazil, Tite, percaya Neymar akan mempamerkan prestasi terbaiknya apabila juara lima kali itu bersedia menentang Mexico dalam pusingan 16, Piala Dunia 2018.
Penggempur Paris Saint-Germain (PSG) itu patah tulang metatarsal Februari lalu, sekalig us tidak berada dalam prestasi terbaik di Russia.
Bagaimanapun, tahap kecergasannya semakin meningkat selepas memulakan kesemua tiga perlawanan Kumpulan E dengan menghasilkan satu gol.
Dalam sidang media pra-perlawanan semalam, Tite mengesahkan akan mengekalkan barisan serupa menentang Serbia tempoh hari untuk menghadapi Mexico di Samara malam ini sambil Filipe Luis hampir pasti mengekalkan posisinya berbanding Marcelo yang dikeluarkan akibat masalah belakang.
Sehubungan itu, Tite percaya sudah tiba masanya Neymar mempamerkan kemampuan sebenar selepas mengharungi musim yang melelahkan bersama PSG.
"Wujud perbualan di dalam bilik persalinan, ada sesetengah perkara yang saya tidak boleh dedahkan dan selebihnya, saya akan berbuat demikian," katanya. "Dia terbabit dalam banyak perlawanan, terlalu banyak, dan kami tahu harga yang perlu dibayarnya untuk kembali ke tahap prestasi sebenarnya.
"Dia beraksi dengan baik dan mempamerkan kebolehannya seperti sebelum ini yang sukar. Jadi, saya menuntut kesabaran orang ramai. Saya tidak bercakap tentang esok (malam ini), saya bercakap tentang sekarang.
"Dia bermain dengan hebat sekali, dia membantu di bahagian sayap, peralihan pergerakan dengan bola... prestasinya esok saya tidak tahu tetapi setakat ini dia mula menemui rentak sebenarnya."
Dalam sidang media itu, Tite ditemani jurulatih kecergasan, Fabio Mahseredjian, yang teruja dengan perkembangan pemain termahal dunia itu.
"Kami mempunyai data perlawanan dan dia menunjukkan perkembangan menggalakkan (bertemu Serbia)," kata Mahseredjian.
"Persembahnnya menunjukkan purata yang lebih tinggi daripada rakan sepasukannya. Walaupun belum mencapai prestasi terbaiknya, dia semakin hampir mencapai potensi penuh.
"Evolusi ini menggembirakan kami, namun saya tidak pasti sejauh mana.
"Dia memerlukan lima atau enam perlawanan lagi (untuk ke tahap terbaiknya) dan saya harap dia terus berkembang lebih banyak, namun saya tidak pasti sejauh mana."
Bagi kes Marcelo pula, Tite memutuskan untuk mengetepikannya kerana kakitangan perubatan tidak yakin bahawa pertahanan itu akan pulih dalam masa terdekat.
"Apa yang tidak dapat dilakukan jurulatih adalah meletakkan pemain di bawah tekanan besar dalam keadaan tidak selamat," kata Tite.
"Saya memberitahunya ia adalah luar biasa. Dia boleh menyembunyikannya tetapi bukan begitu.
"Dia ingin menyertai pasukan dan itu menunjukkan tanggungjawab dan komitmennya kepada pasukan. Lalu saya memberitahunya bahawa jurulatih tidak boleh memilih (pemain) berdasarkan aksi selama 45 atau 60 minit untuk perlawanan getir seperti ini."