Skip to main content

Bola Sepak

Neville: Rooney boleh tamatkan kemarau trofi Everton

rooney-cropped_1ews4yrrp4z0c1k5ym1fjms3z1.jpg
Bekas kapten Everton, Phil Neville, percaya Wayne Rooney boleh mengakhiri pemburuan piala buat kelab itu.

Selepas 13 tahun berada di Manchester United, Rooney kembali ke Everton, yang belum memenangi trofi sejak Piala FA 1995.

Tetapi dengan status penjaring terbanyak sepanjang zaman United dan England, Rooney kembali ke Goodison Park.

Dengan Everton membuat pelaburan besar, kata Neville, gelaran boleh muncul.

"Mereka sangat proaktif, mereka tidak menunggu (Romelu) Lukaku untuk pergi, mereka berkata 'bawa pemain kami terlebih dahulu dan kurangkan tekanan'," katanya.

"Saya masih ingat ketika saya berada di Everton bersama David Moyes. Kami menjual Joleon Lescott pada satu musim panas dan Mikel Arteta menuju tamat (jendela perpindahan) -- apabila anda menjual pemain-pemain itu, ia memberi tekanan tambahan dan peminat sedikit marah.

"Mereka sebenarnya telah menandatangani empat atau lima pemain, peminat gembira, ia mengimbangi tempat yang ditinggalkan Lukaku dan mengetahui sepenuhnya ada satu atau dua lagi pemain yang akan datang.

"Saya rasa pengambilan Rooney melengkapkan semuanya buat  Everton. Tidak mungkin Rooney akan kembali ke Everton jika dia tidak fikir mereka akan memenangi sesuatu, itu sudah pasti."

Ketika Everton menjual Lukaku kepada United, pengurus Ronald Koeman telah membawa masuk Jordan Pickford, Michael Keane, Davy Klaassen dan Sandro Ramirez.

Advertisement

Must Watch Video