Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Neville: Piala Dunia hilang seri tanpa Messi, Ronaldo

messi-2.jpg
Gary Neville meratapi ketiadaan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam Piala Dunia Russia berikutan penyingkiran Argentina dan Portugal, sekali gus timbul spekulasi sama ada dua pemain berkenaan akan kembali di pentas ini lagi. 

Messi tidak berdaya untuk menghalang kemaraan Perancis ke peringkat suku akhir apabila mengorbankan Argentina -- Les Bleus memenangi 4-3 dalam perlawanan mendebarkan di Kazan -- yang membawa erti bahawa bintang Barcelona tersebut tersingkir dalam saingan Piala Dunia buat kali keempat tanpa mencetak sebarang gol dalam pusingan kalah mati. 

Portugal juga kalah, tumbang 1-2 kepada Uruguay di Sochi meskipun dengan kehadiran Ronaldo.

Neville menganggap Piala Dunia pada masa depan akan hilang serinya tanpa Messi dan Ronaldo -- masing-masing akan berumur 35 dan 37 tahun pada 2020 -- dan ia sesuatu yang penyokong mereka dan peminat sukan ini secara amnya harus takuti.

"Dari sudut pandangan saya, Messi akan bersara manakala Ronaldo tampak seperti mahu meneruskannya buat selama-lamanya," kata bekas pemain antarabangsa England, Neville, kepada ITV Sport.

"Bolehkah mereka bersara? Semua beban negara digalas di bahu mereka.

"Adalah sesuatu yang malang, kita mungkin tidak lagi melihat Messi dan Ronaldo dalam Piala Dunia akan datang memandangkan mereka merupakan pemain yang luar biasa."

 

Advertisement

Must Watch Video