Gary Neville mendakwa penyerang England, Harry Kane, beraksi dengan kecederaan dalam peringkat kumpulan Piala Dunia sebelum gagal menampilkan aksi terbaik dalam separuh akhir ketika tewas 2-1 kepada Croatia.
Kane, yang menyamai rekod Gary Lineker di Russia selepas mencetak enam gol dalam saingan Piala Dunia buat England, bergelut ketika skuad kendalian Gareth Southgate itu tewas di Stadium Luzhniki, awal pagi semalam.
Bekas pertahanan Manchester United dan England, Neville, yang tampil beraksi sebanyak 85 kali di pentas antarabangsa, menjelaskan Kane tidak berada di tahap terbaik dalam tiga aksi terdahulu.
"Saya agak terkejut apabila kami tidak mengetahui bahawa Kane mengalami kecederaan sejak perlawanan berdepan Colombia," kata Neville.
"Dia kurang bergerak dalam separuh masa kedua (bertemu Colombia), sama seperti ketika England mengatasi Sweden.
"Ia bukan alasan, cuma Kane tidak berada di tahap terbaik," katanya.
Neville optimis dengan prospek England pada masa akan datang dan telah melepasi sasaran untuk saingan Piala Dunia kali ini, menjelaskan England sudah mampu mengatasi tekanan yang tinggi.
"Mereka adalah pasukan termuda dalam Piala Dunia," kata Neville. "Saya berharap mereka berpeluang sekali lagi untuk beraksi dalam 20 minit terakhir untuk mara ke final.
"Tiga minggu lalu, tiada hubungan dalam skuad England ini. Tetapi pasukan England kini lebih bersatu dan semua orang boleh berbangga dengan pencapaian ini."