Skip to main content

Bola Sepak

Neto tinggalkan Juve untuk perkuat Valencia

neto-080717.jpg
Valencia memuktamadkan perjanjian menandatangani penjaga gol, Neto, daripada juara Serie A, Juventus, dengan laporan memetik perpindahan itu bernilai EUR7 juta (RM34 juta). 

Semalam. pemain Brazil itu mengikat kontrak selama empat tahun dengan penebusan kontrak berjumlah EUR80 juta (RM392 juta) untuk menyertai rakan senegaranya, Diego Alves, di posisi yang sama di Valencia. 

Neto merupakan penjaga gawang sokongan kepada Gianluigi Buffon sepanjang dua musimnya di Juventus, namun dia diberi kepercayaan untuk mengawal pintu gol ketika skuad kendalian Massimiliano Allegri itu menewaskan Lazio, 2-0 dalam aksi Coppa Italia, Mei lalu. 

Pemain berusia 27 tahun itu hanya memainkan peranan utama dalam Serie A sebanyak 10 kali sahaja bersama Juve sejak kehadirannya dari Fiorentina. 

Dia sempat memenangi dua kejuaraan liga, dua trofi Coppa Italia dan menyimpan medal naib juara Liga Juara-Juara Eropah susulan kekalahan Juve kepada Real Madrid di Cardiff. 

Valencia memancing Neto selepas Mat Ryan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai pendatang baru, Brighton & Hove Albion manakala Alves turut dikaitkan dengan perpindahan. 

Wakil kepada Alves menafikan tonggak berusia 32 tahun itu bakal menyertai AS Roma, namun Alves berkata adalah lebih menarik untuk kembali ke negaranya untuk bersama Flamengo. 
 

Advertisement

Must Watch Video