Skip to main content

Bola Sepak

Negeri Sembilan, PDRM, KL langkah kanan

030616-bola-malaysia.jpg
Negeri Sembilan, PDRM FA dan Kuala Lumpur (KL) membuka saingan Liga Perdana 2017 dengan keputusan positif apabila merekodkan kemenangan ke atas lawan masing-masing, malam ini. 

Negeri Sembilan menerajui takhta liga dengan perbezaan jaringan selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ketika menyambut kunjungan Sabah di Paroi. 

Di Stadium Tun Abd Razak, Jengka, PDRM menewaskan MISC-MIFA 3-1 manakala Kuala Lumpur menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) II, 2-1. 

Perlis dan ATM FA pula sama handal untuk berkongsi satu mata apabila perlawanan berakhir 1-1. 

Dua lagi perlawanan membabitkan Terengganu bertemu PKNP FC dan Kuantan FA dengan UiTM FC ditangguhkan kerana faktor cuaca. 

Perlawanan kedua dijadual berlangsung pada Khamis depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video