Skip to main content

Bola Sepak

Ndidi sedia minta dilepaskan Leicester demi sertai Man United

ndidi.jpg
Pemain tengah Leicester City, Wilfred Ndidi, akan menyerahkan surat permohonan untuk berpindah jika ia mampu membantunya untuk berpindah ke Manchester United, menurut ejen pemain itu.

Pemain berusia 20 tahun itu yang dipancing dari Genk dengan nilai GBP17 juta pada Januari lalu, telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan juara menanti Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di bawah pengurus, Craig Shakespeare.

Spekulasi mengaitkan Ndidi boleh berpindah semasa jendela perpindahan seterusnya, dengan United disebut-sebut sebagai destinasi pilihan tatkala Jose Mourinho mahu memperkuatkan bahagian tengah yang tidak mempunyai banyak pilihan musim ini.

Dan ejennya, Hakeem Bello, percaya pemain antarabangsa Nigeria itu tidak akan menolak peluang berpindah ke Old Trafford.

"Ndidi tidak akan mengatakan tidak kepada Manchester United," katanya kepada Owngoalnigeria.com. 

"Saya dengan bangganya boleh memberitahu anda bahawa jika ada sebarang usaha untuk mendapatkannya, dia berkemungkinan besar akan meminta Leicester City untuk berpindah.

"Kita bercakap mengenai Manchester United, anda tahu, ia kelab terbesar dan paling berjaya di England. Tidak masuk akal. Ndidi tidak akan menolak peluang ke Man United, siapa bersedia untuk bertaruh?"

Shakespeare mengakui pada minggu ini bahawa spekulasi berkenaan sedikit mengejutkan tetapi melahirkan keyakinan bahawa Ndidi tidak akan angkat kaki.

"Saya tidak mempunyai masalah dengan spekulasi tetapi pemain terbaik kami terikat dengan kelab ini," katanya.

"Sudah tentu, akan sentiasa adanya tawaran. Kami sentiasa boleh menolaknya tetapi bola sepak adalah bola sepak. Anda akan sentiasa menerima tawaran untuk pemain yang baik.

"Adalah penting untuk kami mengekalkan pemain muda. Bercakap mengenai Wilfred, dia sangat gembira di sini.

"Dia sedar bahawa kami telah memberikannya peluang dan saya pasti dia akan menjadi pemain jangka masa panjang di sini."

 

Advertisement

Must Watch Video