Tiada istilah terlewat buat pemain tengah PKNS, Nazrin Syamsul Bahari, walaupun mendapat panggilan sulung bersama skuad negara di kala usia 27 tahun.
Selepas enam musim bersama PKNS, bakat dimiliki Nazrin akhirnya mendapat pengiktirafan apabila menyertai skuad negara di bawah jurulatih baru, Nelo Vingada.
Seakan-akan masih tidak percaya, pemain bertubuh kecil tapi lincah ini berkata, inilah cita-citanya sejak dahulu untuk menyarung jersi negara pada suatu hari nanti.
Dalam masa sama, Nazrin berjanji tidak gentar bersaing dengan beberapa pemain ternama lain di bahagian tengah seperti Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar.
"Ia seperti mimpi menjadi kenyataan, beraksi bersama skuad kebangsaan adalah sasaran saya. Dengan hadirnya beberapa pemain berpengalaman, ia memberikan saingan serta motivasi kepada saya untuk memberikan yang terbaik," katanya.
Seorang lagi muka baru, Mohd Faisal Rosli, mengakui berasa sedikit janggal dengan suasana hari pertama latihan skuad kebangsaan.
Namun, anak jati Rompin ini berazam tidak mahu membazir kesempatan diberikan selepas menunggu sekian lama terhadap peluang sebegini.
"Saya tidak pernah terfikir untuk beraksi bersama Harimau Malaya. Saya akan cuba yang terbaik meraih pengalaman daripada pemain-pemain senior dalam pasukan," kata Faisal.