Penyokong di laman maya masih mempersoalkan tindakan Melaka United menggugurkan pemain importnya, Omid Nazari, pada saat-akhir akhir atas faktor kesihatan, dengan melabel tindakan itu sebagai melulu.
Namun, Timbalan Presiden, Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menegaskan pasukan itu sanggup mengambil risiko menggugurkan Nazari kerana tidak lagi sesuai dalam perancangan skuad.
"Kami sanggup mengambil risiko menggugurkan Nazari walaupun pemain itu sudah mengikat kontrak untuk tempoh semusim. Kami konsisten untuk menggugurkan pemain itu kerana tidak sesuai dengan perancangan pasukan.
"Malah, Melaka United sanggup membayar pampasan atau kos berkaitan bagi memastikan peleraian ikatan menjadi kenyataan," katanya.
Tambah Yusoff, tindakan yang dilakukan itu sudah cukup membuktikan skuad Hang Tuah menitikberatkan setiap permasalahan yang timbul dan segera memperbaikinya demi merealisasikan impian untuk memenangi salah satu piala musim ini.
Tempat Nazari kini diisi oleh tonggak berpengalaman dari Korea Selatan, Jeon Woo-Young, 29, yang pernah bermain untuk skuad Jeonnam Dragons, Busan Ipark dan Seongnam Ilhwa.