Skip to main content

Bola Sepak

Nawalka bakal letak jawatan

adamnawalka.jpg
Adam Nawalka bakal meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih Poland pada penghujung bulan ini selepas mereka tersingkir daripada Piala Dunia Russia 2018.

Nawalka mengambil alih tugas sebagai pengendali skuad Poland pada 2014 dan membawa mereka ke suku akhir Euro 2016.

Mereka mengalami kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Portugal dalam aksi lapan pasukan terbaik di Marseille tetapi kempen Piala Dunia mereka berakhir awal.

Di sebalik mencipta lapan kemenangan daripada 10 perlawanan saingan kelayakan, Poland gagal menampilkan aksi terbaik di Russia dan tewas dalam dua perlawanan pembukaan Kumpulan H.

Kemenangan 1-0 ke atas Jepun memberikan laluan kepada Colombia menyertai Jepun ke pusingan kalah mati, yang menjadi aksi terakhir buat Nawalka.

Presiden Persatuan Bolasepak Poland, Zbigniew Boniek, mengesahkan pengendali berusia 60 tahun itu akan meletak jawatan dan memberikan tumpuan kepada saingan Euro 2020.

"Saya memohon maaf tetapi saya masih optimis dengan masa depan bola sepak Poland," kata Nawalka.

"Peningkatan dalam persembahan Poland dapat dilihat dapat tempoh beberapa tahun ini. Kami agak kecewa kerana gagal mempamerkan aksi cemerlang di Russia.

"Saya bertanggungjawab di atas kegagalan ini. Saya berharap jurulatih Poland yang baru akan membawa pasukan mara lebih jauh selepas ini.

"Setiap hari bersama skuad kebangsaan ini merupakan satu pengalaman yang menakjubkan. Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Poland."
 

Advertisement

Must Watch Video