Skip to main content

Bola Sepak

Nasri sah sertai West Ham

samir-nasri.jpg
Samir Nasri sah menyertai West Ham United menerusi perpindahan bebas sehingga tamat musim ini selepas selesai menjalani penggantungan berkaitan doping.

Nasri sudah menjalani latihan bersama pasukan itu sejak November lalu dan perjanjian berkenaan telah lama dimeterai.

Pemain berusia 31 tahun itu menjalani penggantungan 18 bulan selepas menjalani rawatan suntikan di sebuah klinik di Los Angeles sewaktu beraksi bersama Sevilla pada 2016.

Dia kini boleh kembali beraksi bermula hari ini.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berkata rawatan itu bertentangan dengan undang-undang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan rayuan yang dtitolak pada enam bulan pertama menyebabkan hukuman itu dipanjangkan dan hanya bermula pada 1 Julai 2017.

Kali terakhir Nasri beraksi dalam perlawanan kompetitif adalah pada November 2017 di mana dia menyertai  Antalyaspor di Turki.

Namun, dia menyuarakan keinginan untuk kembali ke England selepas pernah beraksi mewakili Arsenal dan Manchester City.

"Saya memilih kelab ini disebabkan cita-cita dan saya berasakan West Ham mempunyai segalanya untuk menjadi pasukan terbesar di London," katanya dalam laman web rasmi pasukan.

"Apa yang saya maksudkan adalah kehadiran 60,000 penyokong dalam setiap perlawanan di laman sendiri dengan stadium bertaraf Olimpik.

"Padang latihan juga baik dan kami memiliki pemilik pasukan yang sedia melabur untuk menghasilkan pasukan mantap.

"Segalanya ada di sini untuk menghasilkan keputusan yang baik.

"Kembali ke liga paling berdaya saing di dunia dengan pasukan yang bercita-dcta tinggi dan pengurus yang saya kenali merupakan kerjaya idaman yang saya perlukan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video