Pemain tengah Perak, Nasir Basharuddin, masih bergelut dengan peranan barunya dalam pasukan apabila beralih posisi ke bahagian sayap sejak kehadiran jurulatih, Mehmet Durakovic, pertengahan musim ini.
Sepanjang bersama Perak sebelum ini, Nasir sering kali beraksi di bahagian tengah dengan lebih berperanan kepada aspek bertahan.
Bagaimanapun, Durakovic jelas ada percaturan tersendiri apabila dia mula meletakkan anak jati Taiping itu sebagai pemain sayap kanan dan Nasir sendiri mengakui dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan posisi itu.
"Saya lebih kepada bertahan dan sayap kanan ini lebih kepada menyerang, jadi saya masih cuba untuk menjadikannya seimbang," kata Nasir.
Bagi pertemuan dengan Felda United malam ini, Nasir mahu rakan sepasukannya menjadikan perlawanan itu sebagai medan terbaik untuk membawa Perak kembali mengejar kelompok pasukan atasan.
Biarpun tidak beraksi di laman sendiri di Ipoh, Nasir masih yakin majoriti penyokong skuad The Bos Gaurus bakal menguasai tempat duduk penonton di Stadium Shah Alam.
"Memang menyasarkan tiga mata untuk memotong Felda dalam carta liga tetapi mungkin kelebihan menyebelahi mereka kerana beraksi di Stadium Shah Alam.
"Bagaimanapun, harus diingat dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku," ujar Nasir.