Bekas awang import Terengganu, Issey Faran Nakajima, bertekad untuk kembali dalam saingan Liga Malaysia ketika jendela perpindahan kedua bulan depan dan sedang menjalani tempoh percubaan dengan Pahang dalam usaha meraih kontrak dengan skuad kendalian Dollah Salleh itu.
Nakajima mengesahkan dia kini berada di Kuantan dan sedang menjalani tempoh percubaan di mana prestasinya sedang dipantau Dollah.
Bagi pemain antarabangsa Kanada dengan memiliki 38 penampilan ini, dia memahami tindakan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang mahu menilai dulu prestasi terkininya selepas dia tidak beraksi dalam sebarang aksi kompetitif sejak Disember lalu.
"Saya faham kontrak saya berakhir Disember lalu. Jadi, sudah tentu mereka mahu mengetahui keadaan saya seperti latihan.
"Nyata saya sudah berlatih dengan pasukan divisyen ketiga di Sepanyol," katanya.
Bagi pemain kacukan Kanada-Jepun itu, meskipun mendapat tawaran beraksi dengan kelab dari negara lain, dia mempunyai urusan yang belum selesai di Malaysia dan masih mempunyai impian yang belum tercapai dalam kancah Liga Super.
Nakajima juga tidak menyembunyikan rasa terkilan khidmatnya tidak dilanjutkan Terengganu yang kini dikenali sebagai Terengganu FC (TFC), selepas membantu pasukan itu layak ke Liga Super musim ini.
"Saya benar-benar mahu memenangi sesuatu di Malaysia. Saya rasa kami (TFC) boleh lakukan pada tahun ini tetapi saya mendapat surat yang mengucapkan selamat tinggal.
"Saya datang ke sini apabila mereka (Pahang) memanggil saya beberapa minggu lalu dan bertanya adakah saya mahu datang ke sini.
"Mereka turut berkongsi tentang perancangan pasukan dan saya teruja dengan pemain yang mereka ada," katanya lagi.