Seminggu selepas dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), Hariss Harun berpeluang membantu Lion City Sailors mengesahkan trofi Liga Perdana Singapura.
Dengan kelebihan besar ke atas pencabar terdekat, BG Tampines Rovers, Lion City Sailors menghampiri kejuaraan 'treble' musim ini tetapi esok, Hariss dijangka mengetuai mereka untuk menghadapi rintangan kelab di tangga liga, Geylang International.
Tempoh 20 hari ini amat penting buat skuad kendalian Aleksandar Rankovic itu yang bakal menempuhi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) berdepan wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sharjah, pada 18 Mei ini dan separuh akhir Piala Singapura berdepan Brunei DPMM, tiga hari kemudian.