Rafael Nadal akan meluangkan hari jadinya di hadapan kaca televisyen di Paris dan berharap Real Madrid akan memberikan hadiah yang paling sempurna dengan menjuarai Liga Juara-Juara (UCL).
Nadal akan menyambut hari lahir ke-30 pada Sabtu dan memiliki rehat selama satu hari selepas mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis dengan kemenangan bergaya ke atas Nikoloz Basilashvili, 6-0, 6-1, 6-0.
Kemenangannya itu membenarkan dia berehat seketika daripada saingan Roland Garros dan menikmati hari jadinya untuk mengikuti perkembangnya kelab kesayangannya, Real Madrid.
Skuad kendalian Zinedine Zidane itu akan berdepan Juventus dalam aksi final UCL di Cardiff dan Nadal tidak mahu terlepas menonton perlawanan tersebut.
"Esok akan menjadi hari yang istimewa buat saya kerana ia adalah hari jadi saya," kata Nadal.
"Dan saya akan berada di depan kaca tv untuk menonton pasukan saya beraksi dalam final UCL.
"Saya berharap mereka akan menjuarai satu lagi gelaran tetapi ia akan menjadi satu tugas yang sukar."
Nadal bakal berdepan rakan senegaranya, Roberto Bautista Agut, dalam pusingan keempat esok.