EPL
Musim baru sahaja berakhir, Arne Slot sudah beri bayangan gelaran ke-21
Arne Slot mengakui dia sudah merancang untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris Liverpool selepas mereka menjulang trofi di Anfield selepas seri 1-1 dengan Crystal Palace.
Palace mendahului menerusi penyudah awal Ismaila Sarr selepas dia menyempurnakan hantaran Tyrick Mitchell.
Anak buah Slot berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun berdepan tugas sukar apabila bermain dengan 10 pemain, Ryan Gravenberch dilayang kad merah pada separuh masa kedua melakukan terjahan terhadap Daichi Kamada.
Iklan
Bagaimanapun, mereka menemui gol ketika berbaki enam minit permainan ketika Mohamed Salah sekaligus memastikan mereka menoktahkan musim 2024-2025 dengan keputusan seri.
Liverpool menamatkan musim dengan 10 mata di hadapan Arsenal dan menamatkan kejuaraan dengan baki empat perlawanan, dengan pengendali Belanda itu melihat ke hadapan untuk memenangi kejuaraan liga ke-21 kelab itu.
Apabila ditanya oleh Sky Sports apabila tumpuan beralih kepada kempen seterusnya, Slot berkata, "Mungkin sejak empat minggu lalu!
"Ia tidak pernah berhenti. Walaupun pada musim ini, anda sedang mencari yang seterusnya. Pengarah sukan lebih terlibat dalam jangka panjang berbanding saya, tetapi dia membuatkan saya terlibat sepanjang masa, seperti yang anda boleh jangkakan."
— Liverpool FC (@LFC) May 25, 2025
Must-Watch Video