Skip to main content

Bola Sepak

Mudryk bakal tinggalkan bola sepak demi sukan olahraga?

mudryk.jpg
Mykhailo Mudryk mungkin bertanding di Sukan Olimpik LA 2028 susulan bintang Chelsea itu dilaporkan mempertimbangkan perubahan kerjaya yang mengejutkan selepas larangan doping menyebabkan karier bola sepaknya tergantung.

Apabila Chelsea berbelanjang EURO100 juta (RM495 juta) untuk pemain sayap itu pada Januari 2023, peminat percaya mereka telah memperoleh salah seorang bintang muda paling cemerlang di Eropah. 

Sepantas kilat, dikurniakan bakat, dan dipuji sebagai permata bola sepak Ukraine, dia bertujuan untuk mengganas apabila berdepan barisan pertahanan Liga Perdana Inggeris. 

FA mengesahkan pada 18 Jun 2025, bahawa Mudryk telah didakwa di bawah peraturan anti-doping. 

Pemain berusia 24 tahun itu secara berkesan telah dibekukan daripada bola sepak sementara siasatan berjalan lancar. 

Dengan reputasinya tercemar dan tempatnya dalam rancangan Chelsea makin tidak jelas, pemain sayap itu terpaksa mencari tempat lain.

Menurut Marca, Mudryk, yang mencatatkan 36.67 km/j dalam penampilan sulung EPL, kini mengintai peluang beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan mewakili Ukraine dalam acara 100m pecut.

Mudryk sudah mula berlatih dengan pasukan pecut kebangsaan Ukraine. 

Di bawah pengawasan bekas atlet bertaraf Olimpik, dia menyalurkan pecutan letupannya ke dalam latihan trek. 

Jurulatih di Kyiv percaya kepantasannya adalah satu anugerah yang jarang berlaku yang, dengan disiplin dan latihan, boleh diterjemahkan kepada kejayaan dalam olahraga.



 

Advertisement

Must Watch Video