LIGA INGGERIS
Moyes terkejut dengan kesilapan Hart
Kesilapan Joe Hart ketika West Ham seri 1-1 dengan Stoke City dalam Liga Perdana Inggeris mengejutkan pengurus, David Moyes.
Hart gagal menyelamatkan rembatan Xherdan Shaqiri, dengan bola yang tidak ditangkap kemas itu disudahkan Peter Crouch untuk meletakkan Stoke di depan di Stadium London, awal pagi tadi.
Selepas itu, voli Andy Carroll menyelamatkan satu mata untuk skuad Moyes tetapi Hart akan menjadi tumpuan selepas melakukan kesilapan kedua dalam empat perlawanan sejak menyertai West Ham.
Iklan
Ketika penjaga gol itu memberikan aksi berkesan dalam keputusan seri 1-1 di Chelsea, Hart dipersalahkan untuk salah satu gol Burnley dalam kekalahan 3-0 di laman sendiri bulan lalu.
Hart kelihatan sedia dimasukkan dalam skuad England di bawah bimbingan Gareth Southgate untuk Piala Dunia walaupun menjadi pemain kedua selepas Adrian dalam sebahagian besar aski Liga Perdana.
Dan Moyes tidak menjangkakan Hart -- dipinjam daripada Manchester City -- membuat kesilapan itu untuk memberikan pasukan yang diancam penyingkiran, Stoke, mendahului kedudukan.
"Dia menerima dua percubaan yang hampir sama dalam babak pertama," kata Moyes dalam sidang akhbar. "Jadi, itu adalah satu kejutan kerana ia tidak boleh ditangkap kemas. Jika kamu seorang penjaga gol, ia akan berlaku (kesilapan).
"Saya berkata selepas dia berjaya menyelamatkannya dengan baik di Chelsea. Seperti malam ini, dia sepatutnya melakukan lebih baik," ujarnya.
West Ham meraih lima mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan menduduki tujuh mata di atas zon penyingkiran tetapi Moyes tidak yakin pasukannya pasti kekal dalam Liga Perdana musim depan.
"Jika kamu mendapat 40 mata, maka ia akan menjadi lebih pasti," katanya. "Kami mahu 40."
Must-Watch Video