Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho ucap tahniah kepada City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jose-mourinho_3.jpg
MAN CITY 2 MAN UNITED 3

Jose Mourinho mengucapkan tahniah kepada Manchester City yang bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun United telah merencatkan sambutan mereka dengan kemenangan di Stadium Etihad, awal pagi tadi.


Paul Pogba menjaringkan dua gol untuk bangkit daripada ketinggalan, sekali gus melengahkan City menjulang kejuaraan EPL dengan berbaki enam perlawanan.

Tandukkan Vincent Kompany membuka jaringan sebelum Ilkay Gundogan menggandakan jaringan lima minit kemudian sebelum Pogba menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Chris Smalling menampan masuk gol kemenangan pada minit ke-69, yang memberikan kekalahan kedua berturut-turut buat City selepas tewas 3-0 kepada Liverpool dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), Khamis lalu.

City berpeluang untuk muncul juara minggu depan tetapi perlu menewaskan Tottenham sambil mengharapkan Manchester United tewas di laman sendiri ketika bertemu West Brom pada hari berikutnya.

Mourinho menyedari hanya masa sedang menunggu City untuk ditabalkan sebagai juara di atas persembahan yang konsisten sepanjang musim ini.

"Cabaran kami adalah mengakhiri saingan di tempat kedua tetapi saya mahu mengucapkan tahniah kepada City yang muncul juara kerana mereka berhak memenanginya," kata Mourinho.

"Mereka tidak memberikan peluang kepada pasukan lain kerana mengharungi musim yang cemerlang.

"Objektif saya adalah meraih mata penuh, bukan mengganggu sambutan kemenangan mereka. Persoalannya adakah kami mampu untuk mengejar mereka musim depan?"
 

Advertisement

Must Watch Video