Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho: Separuh masa pertama yang sempurna

alexis-sanchez-ashley-young.jpg
Jose Mourinho menyifatkan persembahan Manchester United dalam separuh masa pertama ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Swansea sebagai "sempurna".

Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez menjaringkan gol di Old Trafford untuk memastikan mereka kembali ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

Swansea gagal menghasilkan sebarang percubaan ke arah pintu gol The Red Devils hingga minit ke-59.

Prestasi United makin menurun ketika perlawanan melewati penghujung permaina, tetapi Mourinho menolak cadangan kepenatan bagi pemain-pemain yang menghadapi aksi perlawanan antarabangsa, sebaliknya tetap teruja dengan apa yang disaksikannya.

"Separuh masa pertama yang sempurna," kata Mourinho. 

"Mungkin satu lagi gol boleh terus menamatkan perlawanan ini dan ia merupakan salah satu persembahan terbaik kami di sini bagi musim ini.

"Swansea gagal melakukan apa-apa pada babak pertama, kami memberikan tekanan, mengawal bola dengan baik dan menghasilkan peluang. Kami harus menjaringkan lebih banyak gol.

"Carlos Carvajal (pengurus Swansea) mengubah perancangan pasukannya dan saya memuji tindakannya kerana Swansea mula mempamerkan peningkatan.

"Mereka menghasilkan peluang tetapi David De Gea cemerlang dengan menafikan dua percubaan Tammy Abraham. Dengan berbaki tujuh perlawanan, kami akan cuba meraih sebanyak mungkin mata dan bersaing hingga hujung musim," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video