Jose Mourinho berkata tidak akan ada tempat dalam kesebelasan utama Manchester United untuk separuh akhir Piala FA bagi pemain yang mengecewakan dalam kekalahan 1-0 kepada West Brom semalam.
United tewas di laman sendiri kepada skuad tercorot Liga Perdana Inggeris itu bagi memberikan gelaran juara kepada Manchester City.
Skuad Mourinho itu mempamerkan salah satu aksi paling hambar musim ini di Old Trafford, hanya seminggu selepas kemenangan luar biasa mereka ke atas City, dan kini berada di bawah tekanan untuk mengekalkan tempat kedua yang mendapat saingan sengit Liverpool dan Tottenham.
United akan berkunjung ke Bournemouth awal Khamis ini sebelum bertemu Spurs di Wembley tiga hari kemudian demi terus menghidupkan harapan mereka untuk mendapatkan trofi musim ini.
Mourinho merancang membuat perubahan di Stadium Vitality dengan memberi peluang kepada pemain tertentu yang mempamer aksi berkesan sementara pemain terburuk ketika menentang West Brom sudah memusnahkan peluang mereka untuk memulakan aksi menentang Spurs.
"Pertukaran bukanlah perkataan yang tepat," katanya. "Jika saya menggunakan pemain menentang Bournemouth dan pemain itu adalah fenomena, dia akan bermain dalam separuh akhir.
"Jadi, perkataan itu bukan pertukaran, ia adalah peluang bagi sesetengah pemain untuk bermain dan cuba mendapatkan tempat untuk menentang Spurs. Beberapa pemain yang bermain hari ini, mereka tidak mempunyai tempat dalam pasukan itu.
"Apakah kriteria pengurus untuk memilih satu pasukan? Saya hanya tahu satu kriteria: ia adalah cara kamu bermain. Ini satu-satunya cara saya boleh pilih pemain.
"Adakah kamu mahu saya menyebut harga mereka, gaji mereka, rupa paras mereka? Satu-satunya cara adalah dengan persembahan," katanya.
Terdapat beberapa pemain United yang positif ketika menentang The Baggies tetapi banyak kritikan yang terarah kepada Paul Pogba.
Pemain tengah itu, yang mencetuskan kemenangan 3-2 di City dengan dua gol, memberikan aksi mengecewakan semalam dan dikeluarkan pada minit ke-58 selepas menerima kad kuning kerana sengaja menyentuh bola ketika cuba menjaringkan gol dalam separuh masa pertama.
Mourinho berkata risiko memperoleh kad merah adalah antara punca mengapa Pogba digantikan tetapi menegaskan pemain antarabangsa Perancis itu tidak beraksi buruk berbanding beberapa pemain yang beraksi penuh.
"Ia bukan hanya dia dan dia mempunyai kad kuning. Jadi, dia berada dalam kedudukan yang lebih sukar daripada yang lain," kata Mourinho.
"Oleh itu, Paul telah keluar kerana kad kuning. Daripada segi cara dia bermain, dia tidak buruk berbanding pemain lain yang berada di padang selama 90 minit."