Jose Mourinho menganggap penyatuan semula di antara Zinedine Zidane dan Real Madrid merupakan sesuatu yang amat sempurna.
Selepas mengemudi gergasi Sepanyol itu dari 2010 hingga 2013, Mourinho dikaitkan semula untuk kembali ke Santiago Bernabeu bagi menggantikan Santiago Solari yang dipecat.
Bekas pengerusi kelab itu, Ramon Calderon, mendedahkan dalam Radio Love Sport bahawa Presiden Madrid, Florentino Perez, mahukan khidmat Mourinho, namun tekanan daripada tonggak senior di bilik persalinan, termasuk kapten pasukan, Sergio Ramos, menyaksikan keputusan itu beralih haluan kepada Zidane.
Pengendali kelahiran Portugal yang dipecat Manchester United, Disember tahun lalu itu, bagaimanapun, merestui pelantikan Zidane dengan berkata legenda Perancis itu akan "menunjukkan kehebatan sebenar yang dimikinya".
Dalam tempoh 28 bulan sewaktu mengendalikan Madrid dari Januari 2016 hingga May 2018, Zidane telah memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah secara berturut-turut, satu gelaran LaLiga, satu gelaran Piala Super Sepanyol, dua kejuaraan Piala Super UEFA dan dua kejuaraan Piala Dunia Kelab.
Dia kini akan kembali membimbing Madrid menjelang perlawanan dengan Celta Vigo, malam esok.
Madrid kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu LaLiga, Barcelona, dengan hanya tinggal 11 perlawanan untuk mereka mengejar kedudukan itu.
"Saya berasakan ia sempurna selepas perkara-perkara hebat yang dilakukannya beberapa tahun lalu," kata Mourinho kepada El Chiringuito seperti yang dilaporkan Marca.
"Ia amat sempurna bagi saya.
"Ia amat sempurna buat Madrid dan amat sempurna buat dirinya.
"Ia merupakan peluang terbaik untuk membuktikan betapa hebat dirinya, terutama dengan projek barunya kini.
"Saya berasakan dia amat hebat," katanya.