Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho mahu berada 15 tahun lagi di United

jose-mourinho-cropped_1vhjzdlvfxk791ome4nih800um-(1).jpg
Jose Mourinho ingin kekal sebagai pengurus Manchester United selama 15 tahun lagi, namun percaya bahawa menandingi Alex Ferguson adalah perkara mustahil.

Jurulatih Portugis itu tiba di Old Trafford pada musim lalu dan membawa United kepada tiga trofi -- Liga Europa, Piala EFL dan Perisai Komuniti -- dalam kempen pertamanya.

Mourinho, 54 tahun, bersedia untuk menerajui United 15 tahun lagi tetapi mengakui kejayaan adalah satu perkara yang wajib.

"Saya bersedia untuk ini, saya bersedia untuk 15 tahun akan datang, saya akan katakan. Di sini? Ya, mengapa tidak?" katanya kepada ESPN FC.

"Saya harus mengakui bahawa ia amat sukar kerana tekanan di sekeliling pekerjaan kita, semua orang memberi tekanan kepada pengurus dan perkara yang dikatakan oleh orang ramai -- kami harus menang, tetapi sebenarnya hanya satu (pasukan) yang boleh menang dan setiap tahun semakin sukar.

"Tetapi apa yang saya cuba lakukan di kelab ini menunjukkan bahawa kerja saya lebih jauh daripada keputusan bola sepak, sehingga ia pergi ke kawasan yang tidak difikirkan orang sebagai tugas pengurus.

"Dalam visi saya, pekerjaan saya lebih daripada apa saya lakukan di padang dan keputusan yang diperoleh pasukan saya pada hujung minggu."

Mourinho tiba di United selepas tempoh yang tidak menjadi di bawah David Moyes dan Louis van Gaal, yang mempunyai tugas berat berikutan era 27 tahun Ferguson yang sarat dengan trofi di kelab itu.

Tetapi bekas bos Real Madrid dan Chelsea itu percaya peluangnya sangat tipis untuk menyamai pencapaian jurulatih berbangsa Scotland itu.

"Saya fikir karier Sir Alex adalah unik, saya tidak fikir ia boleh ditandingi," kata Mourinho.

"Tiada sesiapa akan berada di kelab yang sama selama bertahun-tahun, berada dalam liga yang sama selama bertahun-tahun.

"Saya fikir (Arsene) Wenger akan menjadi jurulatih  terakhir dengan kisah yang sama daripada segi kekal di sebuah kelab selama bertahun-tahun, tetapi saya akan cuba lakukan dalam bola sepak modrn sekarang untuk kekal di kelab, kerana pada masa ini, ia adalah mengenai kejayaan.

"Anda berjaya, anda kekal di kelab. Anda tidak berjaya, anda tidak kekal."

Advertisement

Must Watch Video