Jose Mourinho berpendapat kekalahan 0-1 Manchester United di tangan Newcastle United pada awal pagi tadi sebagai suatu perkara yang bagus.
The Red Devils mengalami kekalahan kedua di tempat lawan pada musim ini akibat gol tunggal Matt Ritchie pada minit ke-65, memanjangkan rekod Mourinho di St James Park kepada tujuh perlawanan tanpa kemenangan.
Kekalahan itu juga memberikan kelebihan 16 mata buat pendahulu, Manchester City, dan musuh setempat itu hanya memerlukan enam kemenangan lagi untuk mengesahkan kejuaraan, dengan aksi keenam itu melibatkan pertemuan dua gergasi Manchester.
Mourinho gembira dengan aksi yang dipamerkan skuad kendalian Rafael Benitez dan dalam masa sama tidak mahu mengkritik persembahan anak buahnya.
"Lawan beraksi dengan penuh semangat dan saya harus memujinya. Mereka memberikan segala-galanya di atas padang dan dewa bola sepak ada bersama mereka.
"Segalanya tidak menjadi buat kami walaupun pemain-pemain United juga memberikan sepenuh kudrat yang ada dan itulah keindahan dalam bola sepak. Mereka sudah pasti merasainya sekarang kerana kadangkala dalam bola sepak, ia tentu akan berlaku.
"Saya rasa Newcastle menyasarkan satu mata, namun selepas meraih jaringan hasil kesilapan kami ketika sepakan percuma, mereka mula memberikan aksi sepenuhnya untuk memastikan gawang tidak dibolosi," kata Mourinho.
Dalam masa sama, Mourinho menafikan Paul Pogba mengalami masalah kecergasan setelah bintang Perancis itu dikeluarkan tidak lama selepas lawan menjaringkan gol.
"Saya cuba mendapatkan keseimbangan dengan Michael Carrick dan mahu Alexis Sanchez berada lebih rapat dengan Romelu Lukaku, menjadi penyerang kedua.
"Saya tidak bernasib baik kerana dibolosi sebelum ia dapat dilakukan dan selepas itu, kami berdepan Newcastle yang berbeza," tambah Mourinho.