Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho jamin De Gea tidak akan sertai Real

23717david-de-gea.jpg
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menegaskan bahawa penjaga gol, David de Gea, tidak akan dijual kepada Real Madrid.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu hampir menyertai Real pada Ogos 2015 tetapi menandatangani kontrak baru selama tahun pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, De Gea sering kali menjadi perbualan utama untuk menyertai juara Eropah dan LaLiga itu.

Tetapi Mourinho menegaskan pemain berusia 26 tahun itu tidak akan meninggalkan kelab England itu dan percaya dia gembira berada di Old Trafford.

"Saya memberi jaminan dia tidak akan ke mana-mana," kata Mourinho.

"Saya melihat dia sangat gembira dan memberikan tumpuan sepenuhnya serta memberikan usaha 100 peratus di atas padang."

United bakal berdepan Real dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), esok.

Advertisement

Must Watch Video