Alvaro Morata berharap dapat bergandingan dengan James Rodriguez pada musim depan dengan spekulasi terus bertiup apabila dua pemain itu terus dilaporkan akan angkat kaki dari Real Madrid.
Morata dikhabarkan menarik minat mendalam Manchester United, dengan laporan di England mendakwa skuad kendalian Jose Mourinho itu akan membuat tawaran berjumlah GBP60 juta selepas bidaan awal mereka ditolak.
James turut dikaitkan ke Old Trafford, begitupun Inter Milan dan Arsenal turut berhajat mendapatkan khidmatnya.
Kedua-dua pemain itu berdepan antara satu sama lain dalam perlawanan pemanas badan bersama Sepanyol dengan Colombia yang menyaksikan tandukan lewat permainan Morata mengikat kedudukan 2-2 di Murcia.
Sambil berharap dapat terus bergandingan tetapi dalam masa yang sama, kekal bersama juara menanti Eropah itu.
"Siapa tahu, mungkin kami masih menjadi rakan sepasukan pada musim depan," katanya kepada Tele 5.
"Saya harap dia tidak pergi kerana saya sangat sukakannya. Dia merupakan pemain terbilang."