Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, menghamburkan pujian kepada pemainnya yang cepat bangkit daripada ketinggalan dan terus memberikan aksi terbaik untuk mengalahkan Kelantan 3-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.
Katanya, perlawanan menentang The Red Warriors (TRW) memang dijangka sengit kerana tuan rumah ingin menebus kekalahan dan mereka memiliki pemain yang berjiwa hebat.
“Satu perlawanan yang sukar bagi saya kerana Kelantan memberikan cabaran yang sengit. Saya beritahu kepada pemain sejak awal lagi Kelantan akan turun mengasak bagi mendapatkan jaringan awal. Mereka berjaya mendapatkan dua gol awal sebelum kami bangkit.
“Saya juga mengingatkan pemain tentang kepentingan perlawanan malam ini (tadi) kerana kalau menang, kami akan ke puncak Liga Super. Kami gembira dengan tiga mata ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Mora juga menyifatkan pemainnya tidak pernah panik biarpun ketinggalan dua gol dan bangkit memberikan persembahan terbaik bagi mencari kemenangan.
“Awak (wartawan) boleh semak rekod saya dan pemain JDT yang kami akan sentiasa bangkit dengan lebih kuat biarpun dalam keadaan ketinggalan gol. Kami mempunyai disiplin taktikal dan corak permainan yang baik."
Mora berkata agak sukar untuk mengekang pergerakan licah penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Mohammad Ghaddar, daripada terus menjaringkan gol tetapi JDT beruntung memiliki pertahanan terbaik, Marcus Antonio.
“Ghaddar cukup berbahaya dan sering menjadikan banteng pertahanan kami agak tertekan. Adalah sesuatu yang menarik menyaksikan penjaring terbanyak, Ghaddar, beraksi menentang pertahanan terbaik Liga Super, Marcos Antonio."
Dalam saingan semalam, JDT bangkit daripada ketinggalan dua jaringan hasil sentuhan pemusnah Ghaddar pada minit kelima dan 15 untuk meletakkan tuan rumah selesa di depan.
Bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim, merapatkan jurang jaringan melalui sepakan percuma cantik menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, pada minit ke-20.
Selang dua minit, penalti kontroversi yang dihadiahkan pengadil menimbulkan kemarahan penyokong Kelantan sehingga keadaan menjadi tegang. Penyerang import, Gabriel Guerra, tenang menyempurnakannya untuk gol penyamaan.
Selang seminit, hasil kesilapan benteng pertahanan TRW, Gonzalo Cabrera menolak masuk gol kemenangan JDT untuk Harimau Selatan pulang dengan tiga mata dan muncul sebagai pendahulu baru Liga Super.