Skip to main content

Bola Sepak

Mora kembali ke JDT II

mora-190617.jpg
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan jurulatihnya, Benjamin Mora, kembali menerajui pasukan JDT II berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Mora memegang jawatan ketua jurulatih  buat sementara selepas Mario Gomez meninggalkan JDT pada Januari lalu.

“Benjamin Mora kini akan kembali ke jawatan asalnya sebagai ketua jurulatih JDT II,” kata Alistair.

“Sebelum ini, kami kehilangan Mario dua hari sebelum perlawanan Piala Sumbangsih dan kami membuat keputusan untuk tidak terburu-buru mencari pengganti.

“JDT memerlukan pemangku yang memahami konsep dan sistem yang diterapkan dalam pasukan JDT dan dalam masa sama mahu menguruskan kewangan secara efektif dan individu itu pastinya Benjamin Mora,” tambahnya.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikannya, termasuk segala kerja keras dan semangat yang ditunjukkan,” ujar Alistair.

Bagaimanapun, identiti pengendali baru juara bertahan Liga Super itu masih dirahsiakan dan pembantu jurulatih, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi, akan mengendalikan pasukan buat sementara waktu.

Advertisement

Must Watch Video