Skip to main content

Bola Sepak

Montella tabik mentaliti menang Mourinho

montella.jpg
Vincenzo Montella menyanjung mentaliti kemenangan Jose Mourinho menjelang pertembungan Sevilla dan Manchester United dalam Liga Juara-Juara (UCL) dengan menggelar jurulatih Portugis itu "menjurus kepada pemenang".

Pengurus berbangsa Itali itu akan mengemudi aksi pertama UCL bersama kelab Sepanyol berkenaan yang akan tiba di Ramon Sanchez Pizjuan minggu depan setelah mengambil alih jawatan daripada Eduardo Berizzo yang dipecat pada Disember lalu. 

Prestasi Sevilla tidak menentu di bawah bimbingan Montella dengan memenangi dua perlawanan yang mengagumkan ke atas Atletico Madrid manakala dibolosi lima gol dalam kekalahan kepada Eibar dan musuh tradisi, Real Betis.

Aksi mereka dalam LaLiga yang seterusnya adalah kunjungan ke Las Palmas malam ini. 

Apabila ditanya mengenai perbezaan mengenai cabaran di antara kelab Canary Islands itu dan United, Montella berpendapat Mourinho lebih menyerlah. 

"Mourinho lebih kepada pemenang berbanding kita semua," kata Montella kepada pemberita. "Dia mengetengahkan kaedah ke dalam minda pemain untuk mendapatkan hasil yang terbaik daripada mereka.

"Saya mengagumi jurulatih Las Palmas, Paco Jemez, kerana pasukannya mempunyai identiti. Mereka sentiasa melihat ke sekeliling dan bermain tanpa bola.

"Mereka mempunyai dua falsafah yang berbeza tetapi jika saya mahu menjadi seperti mereka, ia akan membenarkan Mourinho untuk menang. Tentu sahaja kami menghormati Paco yang mempunyai kerjaya yang mirip dengan saya."
 

Advertisement

Must Watch Video