Pengarah Sukan AS Roma, Monchi, berkata kelab itu sedang menimbangkan tindakan undang-undang berikutan kegagalan pemain sayap Bordeaux, Malcom, melengkapkan perjanjian apabila pemain kelahiran Brazil itu memilih menyertai Barcelona.
Bordeaux kelmarin mengumumkan perjanjian yang dilaporkan bernilai €40 juta (RM189.8j) telah dipersetujui dengan pihak Serie A berkenaan, tertakluk kepada ujian perubatan dan peribadi.
Begitupun, sejurus selepas pengumuman oleh kelab Ligue 1 itu, Barcelona mencetuskan minat dan juara LaLiga itu mencapai kesepakatan bernilai €42j (RM199.3j) buat pemain itu semalam.
Malcom lantas bersetuju dengan kontrak selama lima tahun untuk menyertai gergasi Catalan berkenaan. Lantaran itu, Monchi kecewa dengan kegagalan mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.
"Saya sangat kesal atas apa yang telah berlaku tetapi saya percaya bahawa kami mempunyai perjanjian lengkap dengan Bordeaux -- kemudian menerima tawaran lebih baik," kata Monchi kepada Roma TV.
"Presiden (James) Pallotta membuat keputusan untuk melancarkan tawaran terbaik. Bagaimanapun, apabila rundingan itu menjadi acara lelongan, kami memutuskan untuk menarik diri. Jika seseorang ingin datang ke Roma, baguslah tetapi jika mereka enggan datang ke Rom, maka kami tidak memerlukan mereka.
"Saya ingin memberitahu kepada peminat bahawa kami akan terus bekerja keras, berusaha untuk mengenal pasti pemain yang ingin datang ke Roma, setanding atau lebih baik daripada Malcom.
"Kini, di pihak kelab, kami sedang menilai pilihan yang ada dan melihat jika kami boleh mengaitkannya dengan undang-undang. Memang benar tiada apa-apa yang telah ditandatangani, namun terdapat banyak mesej (ketika kami berurusan dengan) ejen dan presiden mereka, sekurang-kurangnya ia boleh dibuat penilaian."
Monchi menjelaskan bahawa Roma tidak gembira dengan cara Bordeaux mengendalikan kesepakatan itu memandangkan mereka mahu perpindahan itu dibuat secara senyap sebelum menjadikannya rasmi.
"Apa yang berlaku mengenai Malcom mudah dijelaskan tetapi mungkin agak sukar difahami sepenuhnya," kata Monchi. "Dia pemain yang begitu kami gemari daripada segi perspektif bola sepak, dia mempunyai ciri-ciri yang kami cari.
"Kami memulakan rundingan dengan Bordeaux dan pemain itu melalui ejennya, lebih kurang seminggu yang lalu. Selepas tiga hari daripada empat hari rundingan intensif itu diadakan, semalam pada kira-kira jam 17:00 waktu Itali, kami mencapai kesepakatan dengan ejennya serta Bordeaux.
"Kata-kata sepakat telah dicapai dan kami mempunyai keizinan untuk membawa pemain itu ke Rom bagi menjalani pemeriksaan perubatan. Pesawat sudah diaturkan pada jam 9 malam dan dia akan tiba pada jam 11 malam, semuanya sudah diaturkan. Sebab itulah kami tenang.
"Setelah kami mengadakan perjanjian dengan Bordeaux, kira-kira 30 minit kemudian, presiden mereka, Stephane Martin, menghubungi saya untuk memberitahu saya bahawa terdapat banyak khabar angin sekitar perjanjian itu dan bagi pihak mereka, adalah lebih baik untuk membuat kenyataan rasmi.
"Saya memberitahunya bahawa bagi pihak kami, ia tidak sesuai -- memandangkan kami disenaraikan dalam bursa saham dan harus menghormati peraturan tertentu -- tetapi beliau tetap berkeras dan mereka akhirnya mengumumkannya di Twitter tentang perjanjian itu.
"Oleh itu, kami juga menyusuli kenyataan yang sama. Segala-galanya telah disempurnakan, namun kira-kira sejam selepas pengumuman itu, timbul minat daripada Barcelona.
"Memang benar, beberapa hari yang lalu, saya sedar bahawa banyak pasukan berminat terhadap Malcom -- Barcelona antaranya.
"Oleh itu, kami mencapai persetujuan itu secepat mungkin: ia telah dipersetujui. Jadi, saya terkejut apabila salah seorang wakil pemain itu menghubungi saya bagi memaklumkan kepada saya bahawa Bordeaux telah memberi kebenaran kepada pemain itu untuk pergi ke Rom.
"Saya menghubungi Martin dan dia memberitahu saya mengenai tawaran lebih baik yang datang daripada Barcelona dan sekiranya kami tidak menaikkan tawaran, kami tidak akan memiliki pemain tersebut.
"Saya memberitahunya bahawa kami sudah mencapai persetujuan. Kami telah membuat perjanjian itu tetapi dia mengatakan bahawa belum ada apa-apa yang telah ditandatangani dan oleh kerana itu, walaupun telah saling menukar beberapa dokumen yang akan ditandatangani, tiada apa yang dapat dilakukan."